PENGENALAN
KONSEP KEBEBASAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
· Kemerdekaan dalam Islam dari segi kehidupan agama, politik, pemikiran, sivil, masyarakat dan keperibadian, dan berbagai kemerdekaan lainnya, dengan syarat ia muncul dari akal manusia, bukan dari hawa nafsu, dan menggunakannya untuk kebaikan dirinya dan kebaikan masyarakatmya, tidak bertentangan dengan permasalahan atau merugikan orang lain.
· Kebebasan bukan bererti mengikuti hawa nafsu dan syahwatnya, memuaskan keinginannya, atau menyebarkan keraguan dan mengacaukan pemikiran, menginjak-injak kesucian, membangkitkan fitnah dan menyerang orang lain, kebebasan mempunyai batas-batas yang tidak boleh dilanggar oleh manusia..
KONSEP KEBEBASAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
·
Dalam masyarakat muslim, kebebasan
bukanlah merobek akidah islam dan prinsip-prinsip dasar agama yang telah
diketahui secara baik oleh setiap muslim dimana masyarakat muslim, konsisten
dengan akidah dan peraturan, akidah adalah dasar yang di atasnya dibangun
masyarakat dan negara, akidah ini berdiri atas keimanan kepada Allah, tunduk
dan patuh padanya, mengikuti syariatnya melalui kenabian dan kerasulan.
·
Dalam masyarakat muslim kebebasan juga
bukan bererti mengajak kepada akidah pemikiran yang bertentangan dengan akidah
islam dari segi prinsip kerena ia bererti penentangan terhadap akidah islam,
dan ajakan untuk menyingkirkan hukum yang diturunkan oleh Allah.
·
Islam telah memberikan kebebasan kepada
manusia untuk memilih agama dan akidahnya, dan pilihan ini mempunyai nilai dan
tanggungjawab, kerana manusia walaupun kanak-kanak tidak boleh dihapus
kepribadiannya, atau dirampas kebebasannya.
·
Islam sangat menghormati manusia, dan
sangat menghormati kebebasan dan harga dirinya, dan mempunyai pandangan yang
agung terhadap kemanusiaan.
·
Dengan pemahaman yang jelas ini tentang
kemerdekaan, maka dalam masyarakat muslim manusia mempunyai kebebasan, ia bebas
menggunakan kebebasannya yang dibolehkan dalam segala aspek kehidupannya.
ASPEK
KEBEBASAN DALAM MASYARAKAT MUSLIM
·
Dalam masyarakat muslim manusia boleh
mengungkapkan pemikiran yang membangun yang timbul dalam hatinya, dengan media
sosial, media cetak dan media elektronik.
·
Ia berhak mengkritik keadaan yang tidak
benar, dalam mengkritik berpijak pada kebenaran dan disertai bukti-bukti nyata,
termasuk di dalamnya amar ma'ruf dan nahi mungkar, sebagaimana firman Allah
S.W.T (Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka
(adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. mereka menyuruh
(mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang mungkar, ) (QS. at Taubah: 71)
Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan
keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian
terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): “Bukankah Aku ini Tuhanmu?” Mereka
menjawab: “Benar (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi”. (Kami lakukan yang
demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: “Sesungguhnya kami
(bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)”
APA ITU KEBEBASAN MENURUT ISLAM?
Islam adalah agama yang menjamin kebebasan justeru Allah menganugerahkan
akal fikiran. Akal pula merupakan satu pemberian Allah yang cukup tinggi dan
bernilai yang membezakan antrara manusia dengan haiwan.
Firman Allah" Tidak ada paksaan dalam agama, sesungguhnya telah
jelas petunjuk daripada kesesatan" Al. Baqarah 256
Oleh itu, Islam merupakan
agama yang mengatur kehidupan manusia secara menyeluruh, termasuklah dalam hal
kebebasan beragama. Ajaran Islam tidaklah mengongkong tetapi tidak pula
membebaskan manusia tanpa batas.
Salah satu istilah kebebasan menurut Islam mengikut
syariat adalah ikhtiar. Ikhtiar disini bermaksud khair (baik), yang
bererti “memilih yang terbaik”. Sekiranya, diberi pilihan kita hendaklah
memilih yang terbaik untuk mengelakkan ketidakadilan. Oleh itu, kita dituntut
untuk mengetahui mana yang baik dan mana yang buruk.Menurut pandangan Zakariya
Ibrahim kebebasan didefinasikan sebagai kemampuan yang hanya dimiliki oleh
manusia sebagai makhluk yang berakal dan sesuai dengan keinginan dirinya tanpa
ada unsur paksaan daripada orang lain.
JENIS-JENIS
KEBEBASAN
1. Kebebasan Individu
Setiap orang diberikan kemahuan dan kehendak yang
akan dipenuhi berdasarkan akal yang murni dan jiwa yang baik. Manusia adalah
Khalifah Allah yang tentu sekali mempunyai harga diri. Allah menganugerahkan
akal sebagai alat untuk memilih yang terbaik dan menolak pilihan yang memberi
kemudaratan.
2. Kebebasan Beragama
Allah jadikan
seseorang itu bebas dengan sebebasnya termasuk dalam memilih aqidah. Sebagai
firmanNya: " Maka sesiapa yang mahu beriman silakan dan sesiapa yang mahu
kufur silakan ".
Al-Quran hanya menekankan tanggungjawab seseorang dan jika tersalah membuat pilihan justeru dikongkong kejahilan dan kebodohannya maka hendaklah menanggung akibat daripada perbuatannya itu sendiri. Allah s.w.t. melarang sekeras-kerasnya umat Islam mengikuti ajaran atau agama lain yakni 'murtad'. Sekiranya ini berlaku akan hilanglah kredibiliti agama Islam itu sendiri. Setiap individu tidak dipaksa untuk menganuti agama Islam kerana Allah s.w.t. melarang pakssan dalam beragama.
Al-Quran hanya menekankan tanggungjawab seseorang dan jika tersalah membuat pilihan justeru dikongkong kejahilan dan kebodohannya maka hendaklah menanggung akibat daripada perbuatannya itu sendiri. Allah s.w.t. melarang sekeras-kerasnya umat Islam mengikuti ajaran atau agama lain yakni 'murtad'. Sekiranya ini berlaku akan hilanglah kredibiliti agama Islam itu sendiri. Setiap individu tidak dipaksa untuk menganuti agama Islam kerana Allah s.w.t. melarang pakssan dalam beragama.
Firman Allah: "Tidak ada paksaan dalam agama (
Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenran ( Islam ) dari kesesatan (
kufur ). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan taghut dan ia pula beriaman
kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan ( tali agama
) yang teguh yang tidak akan putus. Dan ( ingatlah ), Allah Maha Mendengar,
lagi Maha Mengetahui."(Surah al-Baqarah ayat 256)
3. Kebebasan Pendapat
Islam merupakan agama yang menganjurkan kebebasan dalam segala bidang
kehidupan di mana jika sekatan-sekatan tertentu yang dikenakan adalah justeru
kerana untuk kebaikan manusia itu sendiri yang lemah sebagai FirmanNya.
Surah An-nisa 28 " Dijadikan manusia dalam keadaan daif atau lemah
"
Kebebasan mengeluarkan idea adalah sangat
digalakkan dalam Islam selaras dengan penghormatan Islam yang cukup tinggi
keatas orang-orang yang berilmu.
Firman Allah swt. Surah Azzumar : "Adakah sama orang yang
mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?"
Pendapat yang dikeluarkan hendaklah tidak bercnggah dengan kebenaran
mutlak dan tidak membawa kerosakan kepada diri sendiri dan masyarakat.
FirmanAllah :Sesungguhnya yang takutkan Allah dari kalangan hamba
hambaNya ialah ulama"
KONSEP KEBEBASAN BARAT VS ISLAM
BARAT
Bagi golongan liberal, agama adalah suatu kongkongan. Ini kerana agama membatasi dan mengatur apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh manusia.Menurut J.S. Mill, seorang pemikir liberalisme yang paling berpengaruh, manusia perlu diberikan kebebasan untuk melakukan apa sahaja yang diingini meskipun ianya buruk di mata orag lain, selagi tidak mendatangkan kecederaan dan kerugian kepada orang lain. Di Barat, agama perlu ditafsirkan semula dan disesuaikan dengan falsafah sekularisme dan liberaisme, jika ia mahu terus kekal di dalam kehidupan manusia. Oleh iu , bagi golongan liberal mereka bebas untuk melakukan apa sahaja tanpa mengira kesan kepada diri dan masyarakat.
ISLAM
Sebaliknya, menurut Islam manusia pada hakikatnya adlah hamba kepada Tuhan yang telah menciptakannya dan melimpahinya denagn pelbagai nikmat yang membolehkannya berperanan sebagai khalifah Allah di muka bumi. Suatu peranan yang cukup besar dan mulia berbanding makhluk-makhluk yang lain. Manusia, sebagaimana yang dinyatakan oleh Profesor S.M.N al-Attas dan para ulama, 'berhutang' kepada Allah- hutang kewujudan, hutang yang tidak mungkin dapat dibayar kerana segala yang datang daripada Allah akan kembali kepadaNya jua.Justeru, antara makna din (agama) dalam Islam adalah rasa keberhutangan. Menyedari hal ini maka tanggungjawab utama manusia di muka bumi adalah beribadat kepada Allah s.w.t. Oleh itu, tidak akan ada rasa kongkongan di dalam beragama.
IMPLIKASI HIDUP TANPA BATASAN
Sebagai umat Islam, hidup tanpa batasan akan memberi impak yang negatif. Ini disebabkan kita menjalani kehidupan tanpa mengikut Al-quran dan Sunnah.
Ini semua terjadi disebabkan perasaan ingin kebebasan sehingga melupakan hukum-hakam agama. Golongan ini lebih mementingkan duniawi melebihi akhirat dan tiada keseimbangan dalam kehidupan.
Jadi ia akan memberi impak yang negatif iaitu pergaulan bebas, penindasan dalam perniagaan (riba), dan merosakkan imej agama Islam.
RUMUSAN
Di dalam kehidupan
kita memerlukan batas dalam kebebasan bg mengelakkan dimurkai oleh Allah
s.w.t.Oleh itu, dengan anugerah akal yang diberikan kita perlulah berfikir
dengan sebaik-baik mungkin agar pilihan tersebut tidak mendatangkan kemudaratan
kepada diri sendiri,masyarakat dan negara.Selain itu, kita juga hendaklah
mengelakkan diri dari fahaman liberal yang memberi impak negatif.
LAMPIRAN

Kebebasan menuntut agama

Al-Quran merupakan simbol Kebebasan sebenar
RUJUKAN
https://ms.wikipedia.org/wiki/Maklumat_dalam_Islam
http://www.academia.edu/3788948/Pengurusan_Dalam_Islam
LAMPIRAN

Kebebasan menuntut agama

Al-Quran merupakan simbol Kebebasan sebenar
RUJUKAN
https://ms.wikipedia.org/wiki/Maklumat_dalam_Islam
http://www.academia.edu/3788948/Pengurusan_Dalam_Islam
No comments:
Post a Comment